Berita

HARGA BAHARU RUNCIT MINYAK SAWIT TULEN BOTOL TURUN

Kerajaan akan memastikan harga minyak masak sawit tulen dalam botol terkawal; dasar ini telah dilaksanakan mulai 8 Ogos 2022, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Pendekatan harga siling bergerak digunakan untuk mencapai kawalan harga ini, yang berdasarkan harga purata global minyak sawit mentah.

Kerajaan menerusi KPDNHEP telah menetapkan Harga Runcit Maksimum terkini bagi minyak masak sawit tulen yang dibungkus dalam botol di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2022.Perintah ini akan berkuat kuasa pada 8 November 2022 sehingga 7 Disember 2022.

Harga Runcit Maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam botol bagi tempoh tersebut adalah seperti berikut:

Harga Runcit Maksimum Bagi Minyak Masak (Botol)

Mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:

  • Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan;
  • Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000.

Akhir sekali, KPDNHEP turut menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang membabitkan harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran secara rasmi melalui saluran berikut:

  • Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000
  • Portal e-aduan.kpdnhep
  • Call Centre 1-800-886-800 iv.
  • Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my v.
  • Ez ADU KPDNHEP vi.Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button