Berita

‘HAEL HUSAINI LIVE IN KL’ DIBATALKAN.

Rocketfuel Entertainment, organisasi hiburan bebas yang paling penting di negara ini, kesal kerana persembahan sulung ‘HAEL HUSAINI LIVE IN KL’ yang dijadualkan sebelum ini, penyanyi dan penulis lagu terkenal, tidak akan berlangsung pada 19 Februari 2023 jam 8: 30 petang di Zepp Kuala Lumpur.

Dalam sebuah petikan yang diambil, wakil dari pihak Rocketfuel Entertainment menjelaskan, “Terlebih dahulu, kami memohon maaf sekali lagi kepada semua bagi pihak pengurusan di atas pembatalan konsert ‘HAEL HUSAINI LIVE IN KL’ ini sekaligus.

Keputusan untuk membatalkan konsert ini terpaksa dilakukan atas beberapa faktor dan yang paling utamanya adalah faktor kesihatan Hael yang tidak dapat dielakkan setelah mendapat nasihat daripada doktor.

“Saya faham perasaan gusar yang bakal dirasai para pembeli tiket yang sudah pun membeli tiket konsert, saya memberi jaminan bahawa setiap pembeli akan diberikan ‘refund’ yang penuh.

“Sebagai maklumat tambahan, segala pengembalian wang boleh dilakukan pada laman web yang tertera dalam kenyataan media ini,” kata wakil.

Pihak Rocketfuel Entertainment turut menzahirkan rasa dukacita mereka diatas pembatalan konsert ini kerana segala persiapan sudah pun menghampiri 70 peratus dengan pelbagai aksi menarik yang telah direncanakan dengan lebih kurang 30 buah lagu yang bakal dipersembahkan.

Kebelakangan ini, tahap kesihatan Hael tidak berapa baik oleh kerana jadual kerjanya yang terlalu padat, namun begitu dia masih giat dengan segala persiapan konsert sehingga tahap kesihatannya merosot dan setelah berbincang dengan doktor, dia dinasihatkan untuk berehat dan tidak melakukan sebarang aktiviti seni buat sementara waktu.

Kata pihak pengurusan lagi, “Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga dapat kami  sampaikan kepada semua pihak kerana dapat menerima pembatalan konsert ini walaupun dengan hati yang berat, dan semoga semua pihak menerima berita pembatalan konsert ini dengan hati yang terbuka, terima kasih.

Bagi proses pengembalian wang buat pembeli tiket konsert, sila hubungi talian Ubertickets WhatsApp Hotline 019 5881810

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button