Berita

GAVIN INSOMNIACKS KELUAR KUMPULAN?

Kumpulan Insomniacks dianggotai oleh empat anak muda iaitu Wan Arif Iskandar Adnan (Iskandar) selaku pemain bass, Syed Mir Iqbal Syed Adeli (Iqie) vokalis dan gitar utama, Ahmad Danial Ahmad Roslan (Danial) gitar ritma dan Gavin Wong (Gavin).

Tiada angin tiada rebut, seorang daripada anggota kumpulan Insomniacks, Gavin Wong (Gavin) mengambil keputusan untuk berehat panjang.

Mewakili kumpulan Insomniacks, Iskandar berkata mereka menerima keputusan itu dengan berlapang dada meski berat hati untuk ‘melepaskan’Gavin.

Tambah pemain bass itu lagi, dia berharap peminat juga dapat menerima keputusan dibuat dan akan terus menyokong semua projek Insomniacks pada masa akan datang termasuk apa saja dilakukan Gavin selepas ini.

“Kami berharap semua orang dapat memahami keputusan ini dan menghormati privasinya. Kami menyayangi Gavin dan kami berharap semua orang dapat menunjukkan kasih saying kepadanya dalam komen dan menyokongnya dalam usaha masa depannya. #insomniacks4lyfe,” katanya.

Sepanjang lima tahun pembabitan Gavin bersama Insomniacks, mereka sudah melakar pelbagai pencapaian yang membanggakan.

Antaranya, album EP berjudul Kepala Batu yang dilancarkan pada tahun 2020 mendapat sambutan baik peminat termasuklah dua lagu dalam album berkenaan iaitu Pulang dan Reminisensi.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button