Berita

‘GAH BERNADA KAH KAH KAH’; TEMA KESULTANAN MELAYU MELAKA MEWARNAI MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MUSIM KE-3

Lawak berelemenkan rumpun Melayu menjadi nadi kepada Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 kali ini. Apatah lagi gimik yang dilakukan baru-baru ini mencerminkan nada dan tema rancangan realiti popular yang menggabungkan muzik, lakonan dan komedi lantas menyatukan penyanyi, pelawak, pelakon serta personaliti media sosial untuk menjayakan persembahan setiap minggu.

12 kumpulan sudahpun dipilih untuk memulakan cabaran sengit yang pastinya akan mewarnai malam Jumaat para penonton Astro. Antara keunikan yang diserapkan adalah penglibatan KOLs ataupun personaliti media sosial mengambil bahagian sebagai peserta. Gandingan unik ini menggegarkan lagi gabungan ‘otai’ bersama generasi muda yang pastinya bakal mengujakan peminat-peminat komedi tanah air mahupun Nusantara.

Musim ini memperkenalkan muka-muka baharu seperti Aya Amiruddin, Puspa Gomen, Qody Rani, Shidi Data dan DD Chronicle. Wajah-wajah dari luar negara turut mewarnai musim ini dengan kehadiran Sarip dan Amin dari Indonesia serta Kinjo dari Jepun.

Nama-nama regular seperti Roy Azman, Ali Puteh, Achey serta penghibur terkemuka negara, Shiha Zikir turut kembali untuk memeriahkan lagi suasana musim ini.

Mengekalkan susuk figura yang cukup versatil dalam industri seni tanah air, Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom sekali lagi akan berperanan sebagai hos Muzikal Lawak Superstar. Beliau bakal digandingkan dengan hos baharu yang akan diperkenalkan pada konsert pertama kelak.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150, 000, naib juara pula akan meraih RM RM75,000, tempat ketiga dan tempat keempat masing-masing akan menerima RM50, 000 dan RM25, 000.

Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 akan berlangsung selama sepuluh (10) minggu dan bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil mulai 22 Julai, setiap Jumaat, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.

Saksikan juga MLS3 Live+ yang dihoskan oleh Jiggy dan Elly Arifin menerusi Facebook serta YouTube Gempak setiap hari Jumaat pada jam 8.30 malam.

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

Radin Ghazali – radinsri_ghazali@astro.com.my | Atiqah Nordin – nur-atiqah_nordin@astro.com.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button