Berita

Filem Sayap Sayap Patah Didaptasi Daripada Kisah Benar Lakonan Nicholas Saputra & Ariel Tatum

Filem Adaptasi Kisah Benar Kekecohan di penjara Jakarta!

Sejak 18 Ogos 2022, filem bersama Nicholas Saputra dan Ariel Tatum ini telah ditayangkan di Indonesia. Anehnya, lebih 2 juta orang di republik itu melihat filem itu, dan tiket bernilai kira-kira RM40 juta telah dijual.

Penulis Denny Siregar, selaku produser eksekutif filem ini, berharap supaya tragedi tersebut tetap diingat sebagai sejarah. Filem ini melibatkan Monty Tiwa, Eric Tiwa, dan Alim Sudio sebagai penulis serta mempertemukan kembali Rudi Soedjarwo dan Nicholas Saputra setelah film Ada Apa dengan Cinta? (2002).

Kepada yang belum berkesempatan menonton, filem Sayap-Sayap Patah digarap daripada tragedi berdarah yang berlaku di Lokap Mako Brimop, Kota Depok, Indonesia pada 2018 apabila sekumpulan tahanan penggganas bangkit merusuh.

Dalam kejadian yang menggemparkan itu, pertempuran hebat tercetus dan seramai 5 anggota polis Densus 88 dibunuh dengan kejam.

Sinopsis Sayap Sayap Patah

Sayap Sayap Patah adalah filem aksi dan romantik yang mengisahkan kisah cinta pasangan suami isteri yang merupakan anggota keselamatan dalam pasukan khas Densus 88 dan Nani. Kerjaya Aji yang selalu berada di barisan hadapan dalam membenteras pengganas membuat Nani yang sarat hamil anak pertama sentiasa dalam kebimbangan. Cabaran getir menjaga keamanan tetap diteruskan demi untuk mempertahankan negara termasuklah untuk bersama isteri dan keluarga tercinta. Ketika tayangan di Indonesia Ogos lalu, filem ini berjaya mengutip sebanyak RM40 Juta dan mendapat pelbagai komen dan kritikan yang positif daripada penonton.

Nicholas melakonkan watak Adji salah seorang anggota Densus 88 yang juga suami kepada Nani (Ariel Tatum). Turut membintangi filem ini adalah rapper terkenal Indonesia Iwa K serta dibantu dengan cemerlang oleh Popi Sovia, Ariyo Wahab, Edward Akbar, Dewi Irawan, Revaldo dan ramai lagi.

Amir Masdi turut berbangga dipilih menyanyikan Soundtrack Filem “Sayap Sayap Patah” dan menyanyi kan Lagu “Ku Tunggu Senyuman Mu”. Anda boleh menonton nyanyian beliau di sini!

Filem Sayap Sayap Patah akan mula ditayangkan di semua pawagam Malaysia bermula 13 Oktober 2022.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button