Berita

Filem Mat Kilau Bakal Menjadi Biopik Terhebat Alaf Ini

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama” begitulah peribahasa yang tepat untuk menerangkan sebuah hasil karya terbaharu oleh pengarah berprolifik iaitu Syamsul Yusof yang bakal menemukan seluruh penonton di pawagam.

Studio Kembara telah mengangkat sejarah penting dalam filem biografi epik, Mat Kilau.  Filem ini bukan sahaja dijadikan sebagai hiburan penonton tetapi memaparkan kehebatan dan jati diri pahlawan terdahulu dalam menyelamatkan negara kepada generasi masa kini.

Watak tokoh pahlawan Melayu negeri Pahang, Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau ini dihidupkan oleh pelakon berkarisma Datuk Adi Putra.  Gandingan pelakon filem ini juga tiada tandingnya yang menampilkan Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy sebagai Wahid, Khir Rahman sebagai Usup, Fattah Amin sebagai Awang, Johan As’ari sebagai Yassin dan tidak ketinggalan aktor aksi handalan Indonesia iaitu Yayan Ruhian sebagai Toga.

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ini mengisahkan seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang penjajahan British ini turut dikuatkan dengan barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali (Iman Bottoqh), Namron (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty (Ibu Yassin).
Negeri Perak telah dipilih sebagai lokasi pengambaran utama Mat Kilau juga beberapa negeri di Malaysia seperti Pahang, Melaka dan Selangor selama 100 hari dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 8 juta.

“Filem arahan Syamsul Yusof ini akan membawa kita kembali ke zaman tersebut untuk merasai kepayahan, keberanian, pengorbanan dan jiwa kepahlawanan yang ada dalam memperjuangkan tanah air kita.  Ini adalah sebuah sejarah yang sangat memberi inspirasi.  Sebagai penerbit, kami berharap seluruh masyarakat Malaysia menonton filem ini dan terhibur” ujar Shahruddin Dali selaku penerbitnya.

Pahlawan Melayu ini seperti Mat Kilau dan Tok Gajah serta sahabat-sahabatnya teus bangkit menentang kebiadapan penjajah British di bumi Pahang semakin berleluasa.  Umum mengetahui kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan filem aksi tanpa henti ini untuk menyaksikan pengorbanan, keberanian dan kesatuan pahlawan-pahlawan Melayu untuk membebaskan tanahair tercinta.  Filem hebat ini akan menemui penonton di 90 pawangan seluruh negara bermula 23 Jun depan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button