Berita

Filem Bangladesh, Din-The Day arahan pengarah Iran, Morteza Atashzamzam

 

Din-The Day, sebuah filem Bangladesh arahan pengarah Iran Morteza Atashzamzam, akan dipamerkan serentak di sebelas teater terkemuka di Malaysia mulai 16 September, dengan sepuluh lagi teater akan ditambah pada minggu berikutnya.

Pelakon utama dan penerbit fiem itu, Ananta Jalil berkata setakat ini sambutan terhadap filem itu di negara ini amat memberangsangkan dengan kesemua tket untuk tayangan perdana di tiga skrin berasingan di TGV KLCC pada 16 Sept ini habis terjual.

“Saya percaya jambatan budaya sudah terbina antara rakyat Bangladesh yang bekerja di sini dan rakyat Malaysia sendiri dengan kemasukan filem ini.  Saya berpandangan ada peluang untuk penerbit filem Malaysia dan Bangladesh bekerjasama bagi melahirkan filem yang dapat menarik minat rakyat kedua-dua negara,” katanya ketika bercakap kepada wartawan kedua-dua negara di sini hari ini.

Ananta Jalil yang memegang watak utama dalam filem itu bergandingan dengan Barsha tiba di ibu negara semalam  dalam rangka lawatan bagi mempromosi filem itu.

 

Ananta dan Barsha yang juga merupakan pasangan suami isteri akan berada bersama-sama penonton pada sesi tayangan di TGV KLCC pada Jumaat dan MMC City Square, Johor Bahru pada 18 Sept.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Dr. Ahmad Ibrahim berkata penerbit tempatan diharap dapat mengambil peluang daripada hubungan baik ini bagi menjalin usaha sama penerbitan filem yang boleh dipasarkan di kedua-dua negara.

Din The Day mengisahkan kejayaan polis Bangladesh dan Interpol menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menyasarkan pekerja imigran Bangladesh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button