Berita

FIESTA TV3 SENTIASA BERSAMAMU

PENGHARGAAN TV3 KEPADA PENONTON SETIA SEMPENA ULANG TAHUN KE-38

Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu telah menambat hampir 1000 pengunjung yang datang bersilih-ganti dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Acara ini diadakan khusus buat penonton setia TV3 yang sentiasa bersama kami sepanjang 38 tahun beroperasi. Hubungan istimewa ini kekal berterusan sehingga TV3 menjadi stesen televisyen Nombor Satu negara.

Beertempat di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama, pintu dibuka kepada orang ramai bermula dari pukul 9.00 pagi. Fiesta TV3 ini menampilkan Fiza Frizzy dan Cef Fikree sebagai hos acara. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan hadiah yang istimewa telah disediakan buat penonton yang bertuah untuk turut serta dalam acara ini bersama-sama dengan selebriti popular Malaysia!

Dr Syed Hussian Aljunid (enam dari kiri) dan Nini (lima dari kiri) pada acara memotong kek sempena sambutan ulang tahun ke-38 TV3 pada Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya.

YBhg. Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan, Media Prima Berhad diiringi oleh Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima telah melancarkan acara ini di pentas utama pada pukul 11.30 pagi. 

Para pengunjung turut berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik menerusi cabaran menghias kek cawan bagi kategori kanak-kanak, cabaran menghias kek antara selebriti popular dan peminat yang menampilkan Aniq Suhari, Noki dan Hannah Delisha.

Selain itu, mereka juga dapat menyaksikan demonstrasi dekorasi kek oleh cef selebriti iaitu Dr. Ezani Monoto dan Nabila Asyiqin. Tidak ketinggalan, pertandingan menghias kek keluarga selebriti yang disertai oleh keluarga Sharifah Shahira, Iman Suhana dan Ezzaty Abdullah. 

Orang ramai juga dihiburkan oleh penyanyi popular Malaysia seperti Nabila Razali, Hael Husaini, Naim Daniel, Sarah Suhairi, Suki Low, Syafeek Ikhwan, Zazo Maulana, Haris Fayahet, Wanie Ooi dan Aman Aziz.

Peminat juga berpeluang beramah mesra dengan artis kesukaan ramai iaitu Anna Jobling (Lestary: Melur Untuk Firdaus), Hisyam Hamid (Samarinda: Kerana Aku Isteri Bidaan), Siti Nordiana, Liza Abdullah, Emma Maembong dan Zoey Rahman. 

Bersempena dengan filem terbaru Jurassic World Dominion yang kini ditayangkan di pawagam, pameran Jurassic Park World Dominion diadakan di Sri Pentas untuk para pengunjung berinteraksi.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang ulang tahun TV3 ke-38, layari https://www.xtra.com.my/tv3anniversary 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button