Berita

FAZURA LANCAR ‘BEAUTY WATER’, MINUMAN TANPA GULA UNTUK MENCANTIKKAN KULIT SECARA SEMULAJADI

KUALA LUMPUR 12 September 2022 – Sehubungan dengan perancangan konsert Faztival Fazura 2022, Nur Fazura binti Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Faz mengeluarkan produk untuk meningkatkan kulit secara semulajadi yang diberi nama “Fazura Beauty Water” di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Jenama Fazura yang sentiasa menitikberatkan kualiti telah menghasilkan produk minuman kecantikan kulit dalam bentuk minuman tanpa gula, sesuai dengan gaya hidup alaf baharu.

“Faz bersyukur kerana dapat menghasilkan produk minuman kecantikan yang selamat dan dapat menunjukkan kesan seawal tujuh hari, secara semulajadi. Jadi Fazura Beauty Water bukan sahaja terdiri dari ramuan yang dapat membantu mencantikkan kulit, malah rasa manis tanpa gula dapat membantu pengguna yang lebih gemarkan gaya hidup moden yang sentiasa bergerak.” 

Minuman Fazura Beauty Water tersebut diperkayakan dengan ramuan lycopene, milk thistle, beta carotene dan multivitamin diyakini berpotensi menunjukkan kesan positif pada kulit seawal tujuh hari. Berbeza dengan kebanyakkan produk lain, minuman Fazura Beauty Water dengan kandungan 100% semulajadi mempunyai rasa manis tetapi tidak mempunyai gula kerana menggunakan pemanis semulajadi dari Monkfruit.

Fazura Beauty Water didatangkan di dalam tiga perisa semulajadi iaitu laici, mangga dan beri campuran dengan rekaan botol yang menarik perhatian. Selain membantu organ badan menghasilkan kolagen secara semulajadi, Fazura Beauty Water dapat membantu masalah jerawat dan membantu proses anti-penuaan.

Kandungan ramuan ejen inspirasi alam yang terkandung dalam Fazura Beauty Water sesuai untuk wanita dan lelaki metropolitan yang semakin prihatin dalam menjaga kecantikan kulit mereka.

Fazura Beauty Water boleh dibeli secara online di ShopeeMall ‘fazuraofficialstore’ atau dari Besties dan ejen Fazura terdekat yang disenarai di fazurabesties.com bermula pada 19 September 2022. Harga Fazura Beauty Water adalah mampu milik iaitu RM27.00 sekotak di mana sekotak mengandungi 4 botol. Pengguna hanya perlu meminum 4 botol bagi empat hari pertama dan secara selang sehari selepas itu dengan penggunaan adalah kurang dari RM100.00 sebulan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button