Berita

FATTAH AMIN MAHU ‘PADAMU’ JADI TERAPI JIWA BUAT PENDENGAR

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin melancarkan lagu terbaru berjudul Padamu. Lagu ini berkonsepkan ketuhanan hasil ciptaan komposer dan penyanyi Ikhwan Fatana dan Wan Salleh.

Fattah Amin mendedahkan lirik asal lagu Padamu terpaksa dirombak untuk disesuaikan dengan jalan cerita yang dia inginkan. “Melodi asal lagu ini sebenarnya dicipta oleh Ikhwan. Cuma liriknya telah diubah semula setelah saya berkongsi dengan Universal Music mengenai hala tuju dan maksud yang saya mahukan untuk lagu terbaru saya itu,” kata penyanyi berusia 31 tahun itu.

Tambah Fattah lagi, “selepas melancarkan beberapa buah lagu berkonsepkan kerohanian dan ketuhanan, saya sekali lagi terdetik untuk berkongsi rasa dalam lagu yang masih mengekalkan genre yang serupa.

“Cuma kali ini saya menggunakan khidmat komposer dan penulis lirik yang berbeza. Bagi saya lagu sebegini mampu menjadi terapi diri. Contohnya untuk pendengar lain termasuk pada kita yang juga hamba-Nya supaya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan dan sentiasa beringat supaya tidak lupa dan alpa dalam menjalani kehidupan seharian,”

Antara lagu bergenre kerohanian yang pernah dirakamkan Fattah adalah Kiriman Agung, Sinar Selawat dan Hamba.

Lagu ini dilancarkan di semua platform digital pada April yang lalu iaitu berdekatan dengan tarikh perayaan Aidilfitri. MY Padamu boleh ditonton di saluran Youtube rasmi penyanyi itu.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button