Berita

Ezeefood Pembekal Makanan Sejukbeku 2022

Makanan sejuk beku sudah dikenali di pasaran negara sejak dulu lagi. Jenama Ezeefood yang dimiliki oleh Industri Makanan Syed telah beroperasi selama 2 tahun dan telah mengecapi beberapa anugerah termasuklah Asia Top 100 Brands Honesty Award. Ezeefood menjual makanan sejukbeku yang halal dan buatan Malaysia turut mendapat sijil Sistem Jaminan Keselamatan Makanan (HACCP).

Makanan yang ada pada Ezeefood ialah masakan nasi, masakan berkuah,manisan dan juga pes masakan. Makanan ini dapat dihidang dan djamah dalam masa 3 minit sahaja selepas dipanaskan. Ezeefood amat mementingkan kualiti pada makanan mereka malah tiada bahan pengawet dan tanpa MSG tambahan yang digunakan dalam makanan sejukbeku mereka.

Makanan sejukbeku telah dijamu kepada lebih 10 juta penumpang penerbangan terutamanya penumpang AirAsa dan Malindo. Bukan setakat itu sahaja, makanan ini juga boleh dibawa kemana-mana seperti berkelah, makanan untuk askar di hutan, malah turut boleh dijadikan sebagai hadiah. Bukan sahaja mudah disediakan malah kaya juga dengan rasa yang enak untuk dinikmati bersama.

Selain daripada Ezeefood, terdapat juga Ezeemeals yang juga makanan sejukbeku yang disimpan dalam bekas  seperti makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak lauk rending ayam, Briyani Bukhara dan juga Nasi Kandar. Makanan ini boleh dinikmati dimana sahaja pada bila-bila masa. Kalau ibu-ibu, atau mereka bujang yang malas masak atau ingin cepat boleh sahaja membeli makanan ini kerana mudah disediakan.

Produk ini bukan sahaja dipasar dalam pasaran Malaysia, malah masuk di pasaran luar seperti Singapura, Filipina, Vietnam dan banyak lagi. Pihak Ezeefood amat mengalu-alukan kepada syarikat luar yang ingin menjadikan mereka supplier makanan boleh terus berurusan dengan mereka.

Tersedia dalam pembungkusan sedia untuk dimakan dengan jangka hayat dua tahun, telah membolehkan penghantaran ke seluruh dunia untuk syarikat penerbangan, syarikat dan pengembara yang gemar ,pesakit di hospital dan askar di hutan. Pelanggan juga boleh membeli produk mereka di atas talian seperti di Lazada Malaysia dengan harga yang berpatutan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ezfood boleh hubungi 017-8603933 atau boleh terus layari laman web https://www.ezeefood.com/ . 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button