Berita

Ejen Ali & Boost Rekrut ’10 Budak Merah’ Misi Membangkitkan Sambutan Hari Raya

Siaran video Hari Raya “KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali” pada hari ini adalah hasil kolaborasi melibatkan Ejen Ali dan Boost yang dikenali sebagai sebuah teknologi kewangan (finteech) Axiata apabila Kerajaan telah mengumumkan negara telah memasuki fasa ‘Peralihan ke Endemik’ serta-merta merupakan berita baik bagi rakyat Malaysia bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali” mengisahkan misi Abu dan 9 orang rakan karibnya berpakaian serba merah untuk mengembalikan semangat meraikan Hari Raya dalam kalangan masyrakat.  Mereka berusaha menjayakan pelbagai misi seperti penyediaan hidangan dan kuih raya, mendapatkan tawaran terbaik baju raya dan menghiasi rumah dengan kemudahan dan tawaran hebat yang bolleh diperolehi daripada aplikasi Boost denagn sorakan ceria daripada Ejen Ali.  Bukan itu sahaja, pelbagai cabaran penuh aksi perlu ditempuhi sepanjang pengembaraan mereka bersama-sama penampilan istimewa Ejen Ali.  Kempen “KebangkiTEN Raya” yang berlangsung sepanjang 18 April sehingga 31 Mei 2022 turut disertakan kisah menarik ini.

Video penuh telah disiarkan di akaun Facebook dan YouTube rasmi Boost dan ia juga dapat ditonton di Rangkaian Televisyen Media Prima.  Menerusi gabungan strategik dengan Media Prima OMNIA, kempen tersebut akan dipromosikan menerusi segmen khas dalam program TV3 yang meraih kadar tonton tertinggi seperti Sembang Sahur dan Buletin Utama, serta tidak ketinggalan juga promosi di akaun rasmi Facebook dan Instagram TV3 Malaysia.

Seiring dengan kempen ini juga, sesi beramah mesra maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia dengan pengguna aplikasi Boost juga akan berlangsung di sebuah acara aktiviti bertempat di Sunway Pyramid Mall, Subang Jaya mulai 23, 24, 30 April dan 01 Mei 2022 pada jam 12.00 tengah hari, 3.00 petang dan 6.00 petang.  Selain itu, pelbagai ganjaran menarik dan penjimatan tambahan termasuk cashback melebihi RM 100, peluang memenangi Vespa dan Perodua Ativa baharu untuk pulang ke kampung, ganjaran 10x Boost stars, tambahan Rm 10 eDuit Raya menanti pengguna Boost melalui DuitNow di aplikasi Boost sepanjang kempen “KebangkiTEN Raya berlangsung.”

“Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, kami amat mengalu-alukan Boost dalam menjayakan kolaborasi dengan Ejen Ali ini.  Di samping, mempromosikan pelbagai tawaran menarik untuk musim perayaan ini, kami juga berharap gabungan Ejen Ali dan 10 Budak Merah dari Boost dapat membangkitkan semangat dan suasana sambutan Hari Raya yang meriah setelah dua tahun kita menyambut bulan Ramadan dan Syawal secara bersederhana ketika pandemik COVID-19” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Dato’ Khairul Anwar Salleh.

Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation dan Pengarah Ejen Ali iaitu Usamah Zaid Yasin berkata “Kami sangat teruja kerana Ejen Ali dapat menjadi sebahagian kempen Hari Raya Aidilfitri anjuran Boost pada tahun ini di kala masyarakat kini sudah bersedia untuk beralih ke fasa endemik.  Saya berharap semangat yang dibawakan oleh Ejen Ali dan 10 Budak Merah juga dapat mengingatkan penonton kami tentang pentingnya menjaga kesihatan dan keselamatan dalam keterujaan dan keinginan untuk meraikan Hari Raya bersama ahli keluarga tersayang dan sahabat handai.”

Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie berkata “Sambutan Hari Raya secara bersederhana pada dua tahun yang lepas akibat pandemik COVID-19 menunjukkan kecekalan dan ketabahan masyarakat Malaysia.  Walaupun ramai yang tidak dapat bertemu dengan ahli keluarga dan sahabat akibat sekatan pergerakan, rakyat Malaysia tetap mematuhi SOP demi keselamatan semua dan kekal berhubung dengan insan tersayang menerusi kemudahan teknologi.  Dalam fasa peralihan negara ke arah endemik, kami teruja untuk berkolaborasi dengan Ejen Ali menerusi video animasi ‘KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali’ bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya rakyat Malaysia.  Ia melambangkan kegembiraan menyambut Hari Raya dengan penuh kemeriahan tahun ini bersama dengan pangkalan pengguna besar kami, yang terus menggunakan Boost sebagai teman gaya hidup digital untuk musim perayaan yang lebih selamat dan mudah.”

Tayangan Ejen Ali Musim 3 yang bakal bersiaran di platform striming Disney+ Hotstar di 2022 adalah lanjutan kolaborasi antara Ejen Ali dan Boost.  Ejen Ali Musim 3 mengisahkan Ejen Ali dan rakan-rakannya Ejen muda dari Akademi MATA disatukan semula dalam sebuah pertandingan rahsia di Arena MATA.  Pertandingan ini turut disertai oleh beberapa orang rekrut Akademi MATA yang dilatih oleh agensi perisik antarabangsa.  Ali bertekad untuk mengikuti jejak langkah ibunya untuk menjadi seorang Ejen MATA yang hebat, namun pelbagai halangan terpaksa diharunginya setelah dipisahkan dari gajet IRIS.  Sementara itu, Ejen Rizwan kembali untuk membongkar ancaman baharu yang berpotensi menjatuhkan bandaraya Cyberaya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button