Berita

Drama Baharu ‘Suri Hati’ Di Slot Samarinda TV3, Gandingan Hebat Puteri Sarah Liyana, Adriana Adnan, Nadia Brian & Melanie Tan

Dalam kehidupan mereka yang bermasalah, empat sahabat bernama Sarah, Laila, Suraya, dan Atikah sedang mencari kebahagiaan. Keperluan untuk membalas dendam, bagaimanapun, masih berkobar-kobar sehingga ia memusnahkan diri sendiri. Adakah mereka akan dapat mengatasi rasa tidak suka mereka terhadap kebahagiaan yang mereka inginkan? Saksikan drama terbaharu Suri Hati, yang akan bersiaran di slot masa Samarinda bermula pada hari Isnin, 12 Oktober jam 10 malam, dan strim secara langsung dalam HD dalam talian di www.tonton.com.my.

Drama bersiri 20 episod iaitu Suri Hati adalah terbitan Million Pictures Sdn Bhd, arahan oleh Azhar Khalid yang juga dikenali sebagai Apache dan nukilan skrip oleh Amaz Mizilan. Drama yang penuh konflik ini menggandingkan pelakon-pelakon terkemuka tanah air seperti Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Adriana Adnan, Melanie Tan, Fahrin Ahmad, Shakilla Khoriri dan ramai lagi.

Sarah (Puteri Sarah Liyana) mengalami masalah rumah tangga sehingga bercerai dengan suaminya yang panas baran. Setelah bercerai, Sarah membuka sebuah cafe dan mula berkenalan dengan seorang duda bernama Hakim, namun pertelingkahan berlaku apabila orang terdekat mula membantah hubungan mereka.

Laila (Nadia Brian) seorang wanita yang berkerjaya mengalami masalah tekanan emosi disebabkan trauma yang dialaminya pada usia yang sangat muda. Keadaan tersebut membuat hidup Laila penuh dendam dan tidak suka melihat kebahagiaan orang lain termasuk rakan-rakannya.

Suraya (Adriana Adnan) seorang suri rumah impikan kehidupan yang bahagia selepas berkahwin bersama seorang duda anak satu. Namun kehidupannya diuji apabila anak tirinya, Marissa tidak dapat menerima beliau selaku ibu tiri dan suaminya Marzuki (Fahrin Ahmad)  mula curang dengan kekasih lamanya.

Atikah (Melanie Tan) seorang wanita yang ceria dan ingin mencari cinta. Bagi Atikah, kebahagiaan terletak dalam cinta sejati. Namun, kisah cinta Atikah tidak menentu dimana beliau mengalami situasi bercinta, bertunang dan melangkah masuk ke alam perkahwinan dengan individu yang berlainan. Ini membuatkan rakan-rakannya keliru dengan sikap Atikah.

Mampukah mereka menggapai kebahagiaan yang dicari? Mungkinkah persahabatan mereka selamat daripada diracuni oleh sifat cemburu? Jangan ketinggalan untuk menonton drama Suri Hati yang penuh emosi dan menyayat hati ini melalui slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim secara langsung melalui www.tonton.com.my.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button