Berita

DATO’ HATTAN BERI AMARAN KEPADA KAPTEN HAEL!

DUA ANAK DIDIKNYA DI TANGGA TERCOROT

Rahmad Mega dan Shaz yang diunjurkan memenangi pertandingan itu didedahkan sebagai dua pesaing terburuk dalam episod kelima Terpang Juara, mengejutkan orang ramai. Kedua-dua calon yang dibimbing oleh kapten Hal menerima nasihat dan kritikan daripada panel hakim tetap, yang menggesa mereka untuk memberikan persembahan WOW dan menggunakan penampilan segar daripada persona mereka sebelum ini.

Kedua-dua juri tetap juga telah memberikan pendapat tentang persembahan Shaz yang mempertaruhkan lagu Kau Pun Sama. “Shaz ialah seorang penyanyi baharu yang berbakat. Suara dan intonasi Shaz baik. Apabila Shaz perlu menari sambil menyanyi, Shaz harus memastikan dirinya menari lebih hebat daripada penari-penari dan menonjolkan diri sebagai Super Star,” tegur Fauziah Latiff. “Lagu ini ada elemen blues, jadi Shaz perlu sangat yakin dalam menyampaikan lagu ini. Jangan teragak-agak dan perlu buat dengan betul-betul,” tambah Datuk Hattan.

Pertarungan semakin hebat dan persaingan semakin sengit di pentas Terpaling Juara. Episod 5 bertemakan ‘Vice Versa’ telah menyaksikan Hazami, Rahmad Mega, Aqmal, Aqeesh dan Shaz mempersembahkan lagu-lagu yang berlainan dengan genre mereka.

  1. Terlalu Istimewa (AJL21, nyanyian asal oleh Adibah Noor) – Hazami
  2. Janji Manismu (AJL5, nyanyian asal oleh Aishah) – Aqmal
  3. Segalanya Ku Terima (AJL4, nyanyian asal oleh Ilusi) – Aqeesh
  4. Bunga (AJL33, nyanyian asal oleh Ara Johari) – Rahmad Mega
  5. Kau Pun Sama (AJL33, nyanyian asal oleh Syamel) – Shaz
  6. Persembahan Pembukaan: Lagu Untukmu – Azlan Typewriter
  7. Persembahan Penutup: Medley Pulangkan/Bunga Bunga Cinta – Misha Omar

Episod akan datang bakal menyaksikan para peserta berduet dengan artis-artis pilihan seperti Stacy, Aizat Amdan, Ayda Jebat, Nikki Palikat dan Cliff Umar dengan senarai Pilihan Lagu Terpaling berikut:

  1. Keliru (AJL17, nyanyian asal oleh Nurul & Ajai) – Rahmad Mega
  2. Ku Bersuara (AJL34, nyanyian asal oleh Ernie Zakri) – Shaz
  3. Kisah Cinta Kita (AJL34, nyanyian asal oleh Hafiz Suip) – Aqeesh
  4. Pelangi Senja (AJL27, nyanyian asal oleh Stacy) – Hazami
  5. Terukir Di Bintang (AJL27, nyanyian asal oleh Yuna) – Aqmal

TERPALING JUARA mempertaruhkan 3 kapten, Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij untuk membimbing seorang penyanyi senior dan seorang penyanyi junior mempertaruhkan lagu – lagu popular yang pernah tercalon di semua edisi Separuh Akhir Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Terpaling Juara dihoskan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir, Datuk Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap dan bersiaran untuk 8 episod. Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM100,000, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000 dan pemenang ketiga pula menerima RM30,000.

Terpaling Juara menampilkan vivo Malaysia sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital.  Layari www.xtra.com.my/terpalingjuara untuk info terkini.

Sidang produksi Terpaling Juara diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif kanan, Ikha Arnisya Mohd Anuar sebagai penerbit eksekutif, dan Azrul Effendi Abdullah sebagai penerbit. Jangan ketinggalan untuk menonton Terpaling Juara mulai 21 Ogos 2022, setiap hari Ahad, siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button