Berita

Cerita Sedih Keisya Levronka di Single Terbaru “Tak Ingin Usai”

Penyanyi berbakat yang berasal dari negara seberang Indonesia iaitu Keisya Levronka kini kembali dengan single keempatnya dirilis di bawah Universal Music Indonesia yang diberi judul “Tak Ingin Usai”.

“Kalau dari pandangan saya, single ini menceritakan tentang hubungan yang diselesaikan satu pihak kerana hal yang tidak boleh dipaksa sehingga pihak lainnya gagal untuk meneruskan kehidupan, hancur, menangis tapi berusaha menerima dan ikhlas.  Namun begitu, tetap berhasrat suatu hari nanti bakal dipertemukan lagi” ujar Keisha selaku pelantun “Tak Ingin Usai”.

Menariknya, Keisha Levronka digandingkan bersama-sama Mario G Klau seorang pencipta lagu berbakat dan Tohpati sebagai penerbitnya serta-merta penghasilan lagu percintaan ini adalah sangat menarik dengan unsur tema pop ballad yang sendu namun sangat menusuk dengan pesanan yang terkandung di liriknya.

Tempoh persiapan yang diperlukan bagi single “Tak Ingin Usai” tidak memakan tempoh masa yang lama termasuklah pemilihan lagu hingga proses rakaman lagu berjalan dengan cukup pantas walaupun rakaman pernah tertunda selama dua bulan berikutan keadaan kesihatan Keisya yang tidak mengizinkan.

Single ini juga akan dilancarkan dalam bentuk muzik video yang juga dikeluarkan dalam waktu yang sama.  Konsep yang digunakan dalam muzik video bertemakan estetik dan mencabar serta mampu menggambarkan keseluruhan sinopsis “Tak Ingin Usai”.

“Harapan saya, semoga apa yang saya sayangi boleh anda semua sayangi juga nantinya boleh menjadi peneman untuk anda menangis.  It’s okay to not be okay guys, jangan memaksa diri sendiri untuk menahan diri daripada menangis malah tahan diri untuk menjadi kuat di depan orang.  Anda semua tidak akan boleh melawan perasaan diri sendiri jadi kalau sedih mesti dirasakan, sambil ditemankan “Tak Ingin Usai’ ini” harapnya.

Untuk audio “Tak Ingin Usai” boleh didengarkan di seluruh platform muzik digital tersedia manakala tayangan muzik video pula boleh ditonton di saluran YouTube akaun Vevo Keisya Levronka.

Merujuk rekod, Keisya merupakan seorang peserta yang menyertai rancangan pencarian bakat Indonesia Idol ketika usianya 16 tahun.  Bakat dan minat nyanyian telah ditonjolkan sejak kecil lagi namun Keisya hanya belajar menyanyi secara bersendirian dan tidak pernah mengikuti kursus atau menyertai kelas vokal.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button