Berita

CERIA POPSTAR XTRA

Astro Ceria kembali menghiasi hari minggu anda dengan program televisyen reality bakat nyanyian, Ceria Popstar Xtra. Ceria Popstar Xtra mula bersiaran pada setiap hari Rabu mulai 29 Jun 2022, jam 9 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel.

Muncul dengan elemen-elemen baharu pastinya membuatkan para penonton serta peminat teruja. Berkonsepkan gaming, Ceria Popstar Xtra menampilkan bakat-bakat cilik tanah air yang bakal mengujakan penonton-penonton dengan kebolehan nyanyian serta kreativiti persembahan mereka.

Program ini adalah program pertandingan nyanyian kanak-kanak pertama yang melakukan uji bakat secara online melalui TikTok, platform media sosial yang dipenuhi dengan hiburan bersesuaian dengan kanak-kanak dan remaja.

Seramai 10 peserta dipilih menerusi uji bakat tertutup yang diadakan di Hotel Tenera, Bangi pada 26 Mac 2022 yang lalu. Mereka akan dilatih oleh barisan selebriti berpengalaman dari segi vocal, tarian dan juga reka bentuk set mereka.

Lebih menarik lagi, program ini menampilkan karakter misteri yang dikenali sebagai C-X yang juga merupakan juri misteri. C-X hanya akan didedahkan pada minggu ketujuh program ini. Kelebihan C-X adalah dia mempunyai imuniti untuk menyelamatkan peserta daripada tersingkir yang hanya boleh digunakan sekali sahaja dalam musim ini. Dia juga boleh memberikan komen tambahan kepada peserta-peserta selain komen para juri yang lain.

Ceria Popstar Xtra dipecahkan kepada beberapa tema yang berberapa tema yang berbeza setiap minggu sebagai cabaran seperti konsert solo mengikut kisah masing-masing, persaingan duet serta medley lagu artis lokal dan antarabangsa. Secara uniknya, penyingkiran setiap peserta juga bergantung kepada ‘nyawa’ mereka yang ditentukan seperti konsep gaming yang sebenar.

Konsep gaming yang diterapkan adalah Xtra Life, Xtra Star Scoreboard dan MVP of The Week. ‘Ceria PopStar Xtra’ juga telah mengeluarkan video muzik istimewa raya yang berjudul ‘Raya Xtra Bersama’ nyanyian Han Byul, Amir Masdi dan Ara Johari sebagai teaser kepada program ini pada 30 April 2022 di platform YouTube rasmi Astro Ceria. Episod pertama ‘Ceria Popstar Xtra’ juga akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Prima (105). Tambah menarik, program ini turut menampilkan beberapa program dan episod-episod kapsulnya buat para penonton yang akan ditayangkan secara eksklusif di saluran Astro Ceria dan boleh disitrim menerusi On Demand di Astro Box. Antara episod-episod menarik daripada program ini adalah Xplore, Xclique, Xtra Go! Dan Xtra: The Top Ranks.

Ikuti perkembangan terkini Ceria Popstar Xtra di platform Instagram, Facebook, Youtube, Hastag #CeriaPopstarXtra #CPX2022.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button