Berita

Calum Scott bekerjasama dengan Diana Danielle dalam “Heaven”

“Heaven,” lagu terbaharu penyanyi dan penulis lagu British yang memenangi pelbagai anugerah dan penulis lagu Calum Scott, telah diberi sentuhan baharu dengan penyertaan beberapa bintang Asia Tenggara. Balada syahdu Calum telah dirakam semula dalam gaya mereka sendiri oleh bintang pop terkenal dari Filipina (Darren Espanto), Malaysia (Diana Danielle), Vietnam (Hoàng Duyên), dan Indonesia (Lyodra). Empat lagu dalam kolaborasi ini, yang akan dikeluarkan pada 9 Jun 2022, mendedahkan perasaan jatuh cinta dengan imej syurga yang merentasi semua sempadan emosi.

 “Saya sangat teruja dapat bekerjasma dengan artis-artis hebat ini dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam! Benua Asia memang dekat di hati saya, jadi peluang ini satu penghormatan besar. Setiap seorang artis ini telah membawa sesuatu yang baharu dalam kolaborasi “Heaven” kami ini dan saya tak sabar hendak mendengarnya.” luah penyanyi dan pencipta lagu asal U.K Calum Scott itu.

Menampilkan beberapa artis serantau yang paling terkenal, termasuk Darren Espanto, salah seorang bintang pop Filipina terhebat dekad yang lalu, Lyodra, pemenang Indonesian Idol 2020 yang terkenal dengan suaranya yang hebat, Diana Danielle, pelakon dan penyanyi popular Malaysia dengan lebih enam juta pengikut media sosial, dan Hoàng Duyên, salah seorang artis Vietnam yang sedang meningkat naik.

Bagi penyanyi dan pelakon Diana Danielle pula, “Ia satu pengalaman yang sangat mengujakan kala dapat bekerjasama dengan Calum untuk lagu Heaven. Berkolaborasi dengannya untuk lagu seindah ini sambil mewakili Malaysia adalah pengalaman yang tak akan saya lupakan.

Setiap versi lagu ini, bersama-sama dengan video muzik rasmi, akan dikeluarkan pada 9 Jun 2022 (Khamis) jam 8 malam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button