Berita

‘BUNKFACE! 15 YEARS OF KORANG’ Band Punk Rock Tertunggul Tanah Air Bakal Hiburkan Peminat Dalam Sebuah Konsert IstimewaPenuh Apresiasi

Keutuhan selama 15 tahun yang tercipta pada band punk rock terunggul tanah air yang berasal dari Klang, Malaysia, Bunkface, membuktikan bahawa kewujudan mereka di arena muzik Malaysia ternyata memberi impak yang mendalam dan mempunyai pengikut tersendiri sejak awal penubuhannya.

Kini dianggotai Sam, Youk, Pa’an dan juga Biak, perjuangan mereka dalam memperkasakan karya-karya pop alternatif dalam genre rock punk masih diteruskan dan ternyata mendapat sambutan hangat setiap kali dilancarkan.

Terbaharu, Bunkface kini hadir mempersembahkan karya-karja mereka sepanjang penglibatan dalam industri muzik Malaysia melalui sebuah konsert istimewa ‘BUNKFACE! 15 Years of Korang‘ yang dianjurkan sendiri oleh syarikat rakaman mereka iaitu Bunkface Production bersama sama dengan penganjur acara tempatan Hitma Solutions. “Kami rasa berbesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan sebuah band yang hebat untuk membantu merealisasikan impian konsert mereka, kami akan memastikan kepuasan peminat-peminat Bunkface yang hadir berada ditahap yang optimum dan berkualiti tinggi” kata Rohit, CEO, Founder Hitma Solutions.

Bunkface! 15 Years of Korang merupakan konsert untuk menyambut tahun ke-15 Bunkface sejak ditubuhkan pada tahun 2005. Konsert ini mendapat sokongan dari syarikat dagangan OctaFX yang hadir sebagai penaja utama. Selain daripada itu, Bunkface 15 Years of Korang juga mendapat sokongan daripada pelbagai pihak seperti MyCreative Ventures, Penjana dan Waka. Hot FM & Fly FM tidak ketinggalan untuk turut serta sebagai rakan radio rasmi konsert ini.

Konsert Bunkface! 15 Years of Korang bakal berlangsung selama 2 jam dan dijangka akan mempersembahkan lebih daripada 20 buah lagu dari album pertama mereka sehingga single yang terbaru.

Konsert Bunkface! 15 Years of Korang akan berlangsung di Zepp KL pada 30 dan 31 Julai 2022. Pada tarikh ditulis, penjualan tiket untuk hari pertama telah pun habis dijual dalam masa 11 jam selepas dilancarkan pada 14 Jun lalu. Tiket untuk hari kedua masih boleh dibeli di www.hitmanlive.com

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan konsert sila hubungi dengan Encik Keerand (Hitman Solution) di talian 0128870669.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button