Berita

Bufet Ramadan Restoran Secret Garden PKNS Shah Alam 2022

Memandangkan bulan Ramadan yang mulia bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi, seluruh umat Islam bersiap-sedia membuat persiapan untuk menyambut kedatangannya termasuklah Restoran Secret Garden yang terletak di Ibu Pejabat PKNS Shah Alam. Dengan bawaan konsep bertemakan “Selera Nusantara”, Restoran Secret Garden mengambil peluang buat julung-julung kalinya mengadakan Bufet Ramadan khas sempena tahun 2022 bermula 05 sehingga 28 April pada jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam setiap hari (kecuali hari Isnin).

Melebihi 50 sajian istimewa yang didatangkan khas daripada dapur hasil kepakaran chef profesional kepada setiap pengunjung yang hadir ke Secret Garden. Antara sajian istimewa yang bakal membangkitkan selera adalah seperti Udang Masak Lemak, Ayam Bakar, Sotong Berlado, Kambing Kuzi dan banyak lagi.

Restoran Secret Garden SACC turut menyajikan makanan dan minuman seperti Pecal dan Lontong Selangor, Char Kuew Teow, Roti John, Ikan Bakar, Buah-buahan tempatan, aneka Kuih-Muih, Puding Roti, Bubur Lambuk dan istimewa Air Kathira daripada lapan jenis gerai yang disediakan. Selain itu, menu utama akan diubah pada setiap hari mengikut giliran ditetapkan.

Tawaran harga daripada Restoran Secret Garden adalah berpatutan tanpa sebarang caj tambahan dengan bayaran sebanyak RM 45.00 bersih untuk dewasa dan RM 25.00 bersih untuk kanak-kanak berumur dari tujuh hingga sepuluh tahun sahaja. Sementara itu, kanak-kanak di bawah usia 6 tahun akan dijamu secara percuma. Secret Garden juga menyediakan promosi pembelian awal kepada pengunjung dengan harga RM 35.00 bersih melalui tempahan di laman web https://sacc.onpay.my/order/form/secretgarden-2022.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, anda boleh menghubungi Restoran Secret Garden di talian 03-55250300 ext 1956 atau 016-5206155.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button