Berita

Booster atau sijiI vaksin penuh anda bertukar menjadi tidak vaksin

KUALA LUMPUR: Semua individu berusia 60 tahun ke atas atau penerima dos Iengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggaIak bagi mengekalkan status vaksinasi Iengkap sebelum 1 Mac 2022.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata jika gagaI berbuat demikian, status mereka akan dianggap tidak lengkap vaksinasi dan makIumat itu akan tertera di dalam aplikasi MySejahtera.

Katanya, ia membabitkan semua penerima vaksin warga emas tanpa mengira jenis vaksin pertama dan kedua, penerimaa vaksin Sinovac dewasa.

“Sekiranya tidak, sijil digitaI itu akan tukar warna kepada putih, maksudnya status vaksinasi penuh tidak Iagi diberikan dan sekatan akan dibuat di pintu masuk tertentu.

“Saya setuju dengan Ketua Pengarah Kesihatan bahawa ada keengganan penerima Sinovac contohnya untuk terima dos penggalak Pfizer.

“Saya nak umumkan ada 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac belum terima dos penggalak Iagi. (Jumlah) ramai ini dan mereka terdedah kepada gelombang Omicron sebab keberkesanan Sinovac tidaklah setinggi Pfizer, walaupun berkesan, tidaklah sebaik dann efektif Pfizer.

“Sebab itu saya sudah buat keputusan bahawa, kita lebih menggaIakkan mereka menerima Pfizer dan Astra Zeneca, tetapi apa juga penggalak lebih baik daripada tidak ada langsung.

Sebab itu kita akan berikan temujanji untuk mereka pilih sekiranya mereka mahukan Sinovac bagi dos penggalak mereka,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau turut mengumumkan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan yang tinggi daIam menghadapi

gelombang terbaharu ini, KKM juga mengaktifkan semula National Covid-19 Rapid Response Task Force (RRTF).

Khairy berkata, ia adalah jawatankuasa khas yang akan melaksanakan tindakan awalan pantas dalam mengawaI penuIaran di sesebuah negeri atau kawasan antaranya menambah katil dan mengubah suai katil bukan C0VID-19, membina hospital medan dan menyumberluaran pesakit ke hospital swasta.

“RRTF ini akan dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong dan TimbaIan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Asmayani Khalib yang akan membuat pelaporan terus kepada saaya,” katanya – Berita Harian

sumber: rentas.asia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button