Berita

Berbulan ‘Pregnant’, Lucinta Luna Mengaku Tak Hamil


Pendedahan yang dibuat selebriti media sosial Indonesia iaitu Lucinta Maya yang mendakwa dirinya sedang hamil secara tidak langsung membuatkan rata-rata netizen terkejut dan tergamam. Bahkan, seorang doktor menjelaskan jika seseorang lelaki itu ‘mengandung’ kemungkinan besar dia menghidap kanser testis.

Terbaharu, menerusi Intipseleb, dia mengaku hanya mereka-reka content kehamilan yang dihadapinya itu untuk memberi hiburan kepada pengikut sahaja.

Sebelum ini, Lucinta Luna membuat pengakuan dan memaklumkan bahawa dirinya hamil di media sosial. Susulan itu, dia juga kelihatan sering memuat naik foto gambar perutnya yang semakin membesar dan sempat memberitahu dia hamil anak kembar.

Selebriti media sosial itu bagaimanapun telah mengaku dia sengaja mencipta kontroversi kehamilannya itu mendapatkan perhatian ramai. Dia juga berharap agar orang ramai tidak mengambil serius mengenai isu tersebut.

Katanya lagi, kehamilan palsu itu diinspirasikan daripada Nagita Slavina iaitu isteri kepada pelakon Raffi Ahmad yang kelihatan cantik sewaktu fasa kehamilannya.

Sumber: Ohbulan.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button