Berita

BELLA ASTILLAH FEAT ALIFF AZIZ, TETAP DI SINI

Kisah pasangan suami isteri ini, Bella Astillah dan Aliff Aziz sentiasa menjadi sorotan media. Malah kemesraan mereka membuatkan seluruh peminat mereka turut jatuh cinta.

Episod kelam yang dilalui menjadikan pengalaman paling berharga dan pelajaran terbesar dalam diri mereka. Enggan menoleh kebelakang lagi, jalan lurus di depan mata terbentang luas buat mereka untuk menikmati detik indah bersama.

Percaya dengan setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya, Bella dan Aliff kian merasai setiap kurniaan Allah SWT kepada mereka. Berikrar untuk terus bersama, telus mencintai dan menghargai pasangan, Bella dan Aliff terjemahkan dalam single TETAP DI SINI.

Lagu ciptaan Mingaling, Amir Hasan, Ezra Kairo dan Roysten serta lirik oleh Amir Hasan, Ezra Kairo, Roysten, Bella Astillah dan juga Aliff Aziz itu buat pertama kali menampilkan Bella juga pelakon berkolaborasi dengan suami tercinta.

Lagu TETAP DI SINI terbitan Universal Music Malaysia bakal dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai ini.

‘Ketika proses penulisan lagu, alhamdulilah saya dan Aliff diberi kesempatan untuk menulis lirik juga dalam lagu ini. Perasaan tentu saja gembira, sebab lagu ini dekat dengan apa yang saya rasa sekarang.

“Lagu ini lebih kepada ‘move on’ jangan fikir apa yang sudah pernah terjadi tapi lebih menghargai dengan apa yang ada sekarang” katanya.

Menurut Bellajuga pelakon drama Cinta Belum Tamat Tempoh, sewaktu proses rakaman lagu TETAP DI SINIdia ditemani suaminya, Aliff.

“Dalam masa sama, ketika merakamkan lagu ini ada juga cabaran dilalui apabila saya dan Aliff ada pandangan yang berbeza. Jadi, kami perlu berbincang sebaiknya bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Tapi, segalanya okay saja,” katanya.

Mengenai video muzik (MV) TETAP DI SINI, Bella berkata ia dalam perancangan dan tidak mahu terburu-buru

TETAP DISINI boleh didapatidi semua platform digital seperti Spotify, Apple music, Joox, KKBOX, Deezer danYouTube Music manakalalirik videooleh ditontondi laman YouTube Universal Music Malaysiabermula dari 6 JULAI 2022.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button