Berita

BANK ISLAM RAI DUA PEMENANG UTAMA KEMPEN ‘NAK CUTI LE TUU…’

Encik Mohammed Iran Moriff Mohd Shariff, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bank Islam, dan Puan Romina Talib, Pengarah Bank Islam eChannels bersama dua pemenang kereta Proton X50

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) baru-baru ini memberikan dua kenderaan Proton X50 kepada pemenang Kempen ‘Nak Cuti Le Tuu…’.

Kempen yang berlangsung dari 8 Januari hingga 7 April 2022 itu bertujuan mempromosikan budaya tanpa tunai dalam kalangan pelanggan Bank Islam dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh aplikasi GO by Bank Islam dan platform Perbankan Internet Bank Islam. DuitNow, JomPAY, dan FPX adalah antara perkhidmatan yang disediakan.

Encik Muhammad Shahrul Hafiz bersama kereta Proton X50

Perkhidmatan Tabung Haji Bank Islam termasuk pertanyaan baki, kad debit-i yang menghubungkan dengan Kad Debit-i Bank Islam dan pendaftaran Haji. Puan Rozanna Purwanti Abdul Wahab merupakan salah seorang pemenang Hadiah Utama kempen ‘Nak CutiLe Tuu…’. Baginya, perkhidmatan perbankan dalam talian sentiasa menjadi pilihan dalam menyelesaikan transaksi perbankannya kerana ia lebih pantas dan mudah diakses.

Puan Rozanna Purwanti Abdul Wahab pemenang kereta Proton X50

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bank Islam Encik Mohammed Iran Moriff Mohd Shariff, dan Puan Romina Talib, Pengarah Bank Islam eChannels.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button