Berita

Balik Kampung Versi ‘Fresh’ Gabungan Lima Rapper Popular (Kmy Kmo, Luca Sickta, Siqma, Asyraf Nasir dan Yonnyboii)

Tahun 2020 dan 2021 menjadi sejarah apabila dua tahun tersebut menjadi penghalang bagi seluruh rakyat Malaysia untuk menyambut perayaan hari raya Aidilfitri di kampung halaman bersama-sama ahli tercinta.  Sinonim dengan itu, lagu ‘Balik Kampung’ dipopularkan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad sering menjadi dendangan setiap pendengarnya yang mampu menaikkan semangat sepanjang perjalanan pulang ke kampung.  Lagu yang masih utuh itu sering dimainkan sehingga kini dan menjadi siulan peringkat umur dari kanak-kanak sehingga dewasa. Memandangkan tiada lagi sekatan pergerakan pulang ke kampung pada tahun ini, syarikat rakaman Universal Music Malaysia melancarkan deretan lagu raya bertemakan Raya All Out yang menampilkan barisan penyanyi ternama negara dan penyanyi baharu. ‘Balik Kampung’ merupakan salah satu daripada senarai lagu yang telah dipilih untuk diberikan nafas baharu oleh gabungan penyanyi dan rapper popular seperti Kmy Kmo, Luca Sickta, Sigma, Asyhraf Nasir dan Yonnyboii. Menariknya, lagu ‘Balik Kampung’ yang disusun semula oleh Luca Sickta selaku penerbit telah ditambah dengan kreativiti mereka berlima dengan unsur hip hop dan cangkuk serta melodi asli. “Sejujurnya, saya sangat teruja diberikan kesempatan ini untuk menambah lagi serba sedikit elemen hip hop dan penulisan dalam lagu ini” ujar Asyraf Nasir.  Sigma pula berpendapat bahawa perasaan rindu pulang ke kampung bagi menyambut hari raya, diceritakan didalam lagu ini. Luca berkata “Penulisan saya dibantu oleh Yonnyboii dan ia mengisahkan seseorang yang takut untuk pulang ke kampung tetapi merindui suasana, kelurga dan beraya di kampung”.  Tambahan pula “Kami sudah biasa bekerjasama, jadi segala proses berjalan dengan lancar dan mengambil masa yang singkat” tambah Kmy Kmo.  “Alhamdulillah, tiada sebarang cabaran dalam proses penulisan dan rakaman saya” kata Yonnyboii. Lagu ‘Balik Kampung’ dilancarkan secara rasmi pada 15 April di semua platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala lirik video lagu ini akan ditayangkan di saluran YouTube Def Jam Malaysia pada hari yang sama jam 9 malam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button