Berita

BAGI AIDIL RUPA BUKAN PENGHALANG BAGINYA MENCAPAI IMPIAN

 

Anak muda yang dilahirkan di tanah di bawah bayu itu bagaimanapun boleh menunjukkan bakatnya walaupun dia tidak mempunyai penampilan yang menawan. Pengarang Aidil (Aidil Afizin) tidak keberatan untuk menggalas watak yang sukar dan meneroka pelbagai genre.

Minat Aidil dalam lakonan bermula pada waktu kecil ketika menonton filem, Aidil mempunyai perasaan ingin tahu bagaimana pembuatan sesebuah filem dibuat dan bagaimana seorang pelakon beraksi di depan kamera. Minat kepada berlakon sudah ada namun dia tercari-cari cara untuk mendapat peluang beraksi. Sejurus melihat uji bakat dan menyertai uji bakat  FIT FOR ACTION, Aidil bertekad untuk melakukan yang  terbaik ketika uji bakat dan dia akhirnya dipilih. Selepas menyertai FIT FOR ACTION tuah Aidil masih melayakkan diri ke pusingan seterusnya. .

Menjadikan pelakon Amerul Affendi sebagai idolanya, menurut Aidil “Saya amat minat dengan Amerul Affendi kerana dia seorang pelakon yang versatil. Beliau tidak mementingkan rupa paras ketika berlakon dan mampu memberi lakonan yang hebat tanpa mengira genre. Walaupun begitu, saya tidak mahu menjadi Amerul Affendi kedua. Saya ingin menerapkan teknik dan cara lakonan yang diubah kepada cara saya.” Tambahan pula, Aidil mengakui masih baharu dalam industri ini,  tetapi dia percaya yang dia mampu berlakon pelbagai watak dan setanding Amerul Affendi dalam beberapa tahun yang akan datang.

Saksikan perjalanan lakonan Aidil dalam FIT FOR ACTION dalam menjadi seorang bintang lakonan yang hebat. Program realiti terbaharu TV3, FIT FOR ACTION berkonsepkan cabar lakon- layar dan fizikal antara 12 peserta dalam mencari pelapis pelakon lelaki dan pelakon wanita yang dinilai melalui ketahanan ujian fizikal dan mental juga penghayatan watak serta penghafalan skrip.

FIT FOR ACTION menampilkan Dutch Lady sebagai penaja utama dan Centrum sebagai penaja bersama. FIT FOR ACTION berjaya dihasilkan dengan kerjasama Motion Content Group. Gunakan tanda pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. Untuk mendapatkan info terkini tentang program TV3 layari laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button