Berita

Asean’s Most Influential Chef milik Chef Anis Nabilah

Chef selebriti terkemuka, Anis Nabilah Umaruddin atau lebih dikenali sebagai Anis Nabilah kini berada di tahap yang membanggakan dengan penceburannya dalam bidang kulinari sejak 14 tahun yang lalu.

Usaha dan titik peluh beliau dibuktikan dengan Chef Anis Nabilah berjaya merangkul Asean’s Most Influential Chef yang disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri melalui anugerah Asean Food & Travel Awards 2022 yang berlangsung di hotel terkemuka di ibu negara.

Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab; Presiden Persatuan Hotel Malaysia, Datuk N Subramaniam; Presiden Persatuan Eksekutif Makanan & Minuman Malaysia, Muhammad Hisham Tan Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif RHA Media, Datuk R. Rajendran; Editor Pengurusan RHA Media, Lee Seng Chee dan Pengarah Komunikasi Korporat, ASEAN Food and Travel, Puan Helis Muda turut menghadiri majlis tersebut.

“Saya amat berterima kasih kepada Tourism Malaysia kerana mempromosikan negara kita kepada Dunia. Tahniah pada semua atas kerja keras dan usaha untuk mengembangkan industri ini untuk negara kita, untuk Asean. Ia memerlukan semangat, pengorbanan, dan daya tahan untuk berjaya dalam industri ini terutamanya semasa pandemik dua tahun lepas” ujar Chef Anis Nabilah.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan dan pasukan saya, Universal Music Malaysia, Celebrity 360, kerana sentiasa mempercayai saya dan menyokong semua matlamat dan impian saya tidak kira betapa besarnya ia. Ini untuk anda semua” katanya.

Menurut Anis Nabilah, dia bangga apabila melihat industri yang diceburinya ini semakin berkembang dan diminati ramai.

Chef Anis Nabilah berkata “Saya juga gembira saya terus bertahan kerana ia membuka begitu banyak pintu untuk saya. Saya berjaya menjelajah dunia untuk berkongsi resipi saya dan bertemu beberapa idola saya di beberapa acara masakan terbesar di dunia, seperti ‘Worlds 50 Best Restaurant’ dan ‘Invite The World to Dinner’ yang diadakan di Australia. Itulah kali pertama saya bertemu Heston Blumenthal (salah seorang chef terkemuka dalam gastronomi molekul). Bukan sahaja dapat jumpa dengannya, tapi dapat bersembang, bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dengannya”.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button