Berita

‘Art of Wheels – Rim Design Challenge 2022’

Membimbing Bakat-Bakat Hebat Tempatan Dan Antarabangsa Mencipta Reka Bentuk Rim Bertaraf Dunia

Giant Light Metal Technology Malaysia (GLM) dan My Lives Global Marketing & Event bekerjasama untuk menganjurkan Pertandingan ‘Art of Wheels – Rim Design Challenge 2022’. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mengasah bakat para pereka di Malaysia.

Gambar Kumpulan di Pelancaran Rasmi ‘Art of Wheels – Rim Design Challenge 2022’

Para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai, trofi dan hasil karya mereka berpeluang untuk dibentuk kepada rim aloi dan dipasangkan pada 10 buah kereta Porche 911 dan 718.

Art of Wheels – Rim Design Challenge 2022 meraikan karya seni dan kejuruteraan terbaik dalam industri automotif. Pereka bentuk akan menggunakan kepakaran GLM untuk menghasilkan rim aloi berkualiti tinggi yang menggabungkan fungsi dan reka bentuk yang unggul. Peserta juga harus menampilkan ciri aloi ringan, sambil mempamerkan reka bentuk yang bergaya untuk memenuhi cita rasa pemilik dan pembuat kereta mewah.

En. Henry Tho, Pengerusi Giant Light Metal Technology, En. Loh Tze Jye, Pengerusi Penganjur Art of Wheels – Rim Design Challenge 2022, En. Andrew Thu, Pengurus Cawangan, Giant Light Technology Malaysia
Art of Wheels – Rim Design Challenge 2022

Giant Light Metal Technology telah melancarkan pertandingan untuk pereka di Malaysia bagi memberi peluang untuk mempamerkan bakat mereka dan mendedahkan mereka kepada dunia kreativiti baharu. Pertandingan ini bertujuan untuk mencabar para peserta dan memberikan kritikan yang membina dan berguna sepanjang perjalanan kerjaya profesional mereka.

Encik Andrew Thu, Pengurus Cawangan, Giant Light Technology Malaysia

Pengerusi En. Henry Tho berkata, “Kami berharap dapat memenuhi tanggungjawab kami sebagai pemain industri yang terkenal untuk membimbing dan memupuk generasi masa depan dan bakat tempatan”.

Porsche Berbaris di Pelancaran Rasmi ‘Art of Wheels – Rim Design Challenge 2022’

30 peserta terbaik akan mara ke Fasa 2 pertandingan dan bertemu pemilik Porsche secara bersemuka sebelum bersaing untuk tempat 10 teratas.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.glmwheels.com/pages/rdc22

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button