Berita

ANITA Nation Ride Kibaran Jalur Gemilang Ogos 2022 disempurnakan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah

Barisan peserta yang menjayakan ANITA Nation Ride Kibaran Jalur Gemilang 2022

Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah pernah memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan Malaysia (1976-1984) dan Menteri Perdangangan dan Industri (1984-1987).

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Bank Dunia dan IMF, Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank).

Tengku Razaleigh Hamzah juga merupakan pengasas kepada Petronas (Petroliam Nasional Berhad). Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tun Abdul Razak melantik beliau sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif di Petronas.

Beliau merupakan ahli parlimen merangkap Ketua UMNO Gua Musang, Kelantan. Program kembara jalur gemilang ini mendapat kerjasama dan sokongan penuh daripada YBM Tengku Razaleigh Hamzah dengan aktiviti kemasyarakatan kembara jelajah kemanusiaan yang akan bermula pada 18 Ogos di seluruh Malaysia. Antaranya di Gua Musang, Perak, Pahang, Selangor dan lain-lain. Program ini akan melabuhkan tirai pada 25 Ogos 2022.

Majlis pelepasan konvoi kibaran jalur gemilang dimulai dengan acara perasmian disempurnakan oleh YBM Tengku Razaleigh di kediaman rasminya di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur dan konvoi akan berlepas ke Gua Musang bagi acara seterusnya di Gua Musang pada 19 Ogos ini.

Acara ini disempurnakan oleh YB Haji Mohd Syahbuddin bin Hashim (Ahli Dewan Undangan Negeri Galas), YB Haji Ab Aziz bin Yusoff (Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri), YB Haji Amran bin Ariffin (Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh). Lokasi: Dataran Kesedar, Gua Musang, Kelantan.

Pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan di Gua Musang ini. Antaranya Aktiviti Sumbangan Warga Asnaf Veteran Angkatan Tentera dengan sumbangan bantuan barangan keperluan. Aktiviti lain yang diadakan ialah lawatan tempat-tempat menarik dan bersejarah di Gua Musang dan menikmati menu-menu masakan warisan yang terbaik di sana sambil menikmati panorama indah di Gua Neon dan di Gua Musang.

Selain daripada itu, rombongan Anita Nation Ride yang bertemakan kempen ‘Safe Ride Go Green’, bantuan kemanusiaan turut dibawa menerokai kawasan menarik dan bersejarah di Gua Musang. Mereka bakal melawati Gua Neon dan Gua Musang sambil menikmati berbagai menu makanan di Gua Musang.

Peserta konvoi juga terlibat menyertai acara bersama para pelajar di Sekolah Kebangsaan Seberang Keluarga Malaysia bagi sambutan bulan kebangsaan dengan aktiviti yang memberikan motivasi bersama pelajar di sekolah ini. Acara jelajah akan berakhir pada 25 Ogos di Jazz Ampang 103 di Ampang bersama Dato’ Nik Ahmad Azmi bin Nik Md. Daud sebagai perasmi dengan aktiviti sambutan bersama pengunjung dan kumpulan motosikal dan persembahan hiburan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button