Berita

Alami Keseronokan Berkongsi dengan Projektor dan Monitor Baharu Acer

Acer Malaysia memperkenalkan 3 monitor gaming bersaiz antar 32 ke 42.5 inci dan projector gaming Predator yang membolehkan para pemain berkongsi keseronokan pengalaman bersama keluarga dan rakan-rakan selain menikmati paparan yang lebih besar.

Predator GD711 merupakan projector 4K LED untuk fungsi hiburan dengan perincian yang jelas, selain kadar segar semula (refresh) dalam FHD untuk bermain permainan video bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.

Menyokong unjuran paparan projector sehingga 300 inci, Predator GD711 boleh memancarkan pelbagai saiz unjuran paparan dengan nisbah 1.22. Acer mencadangkan paparan 100-inci daripada jarak pancaran 2.7m. Ia juga didatangkan dengan pembesar suara 10W dan alat kawalan jauh yang mempunyai lapisan antibakteria.

Predator GD711 dijual pada harga RM4,999. Pelanggan yang membeli Predator GD711 sebelum 14 Julai 2022 akan layak mendapat diskaun tunai RM300 dan menebus hadiah bernilai sehingga RM199.

Monitor gaming Predator CG437K S menampilkan paparan UHD 42.5-inci dengan kadar refresh 144Hz dan waktu respons 1ms VRB bagi menyediakan mutu gameplay yang memuaskan.

Dengan keupayaan paparan warna yang lebih bermutu dengan skrin yang lebih besar, Predator CG437K S hadir dengan penilaian Delta E<2 dan 90% liputan gamut warna DCI-P3. Memastikan paparan video permainan kelihatan baik untuk para pemain, Predator CG437K S hadir dengan sijil VESA DisplayHDR 1000 dengan maksimum 1,000 nits dengan nisbah kontras tinggi bagi membawa perincian paparan terbaik.

Predator GD711

Bukan sekadar permainan, ia juga dilengkapi dengan jalur pencahayaan RGB yang boleh dipadankan dengan fungsi muzik dan media. Dengan Acer ColorSense, pemain boleh melaraskan suasana manakala Acer LightSense mengesan dan melaraskan tetapan suhu dan kecerahan skrin agar sepadan dengan suasana persekitaran. Acer ProxiSense secara automatic membangunkan monitor apabila gamer berada dalam jarak berdekatan atau menutupnya apabila mereka tiada.

Dengan harga runcit RM4,699, Predator CG437K S boleh didapati di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada serta rakan kongsi Predator yang sah. Pelanggan yang membeli Predator CG437K S sebelum 14 Julai 2022 akan layak mendapat diskaun tunai RM200 dan menebus hadiah bernilai RM199.

Predator X38 S menampilkan paparan IPS Agile-Splendor UWQHD+ (3840×1600), Predator X38 S dilengkapi dengan paparan melengkung 2300R 37.5 inci yang memberikan visual dengan Delta E<2 dan gamut warna lebar DCI-P3 sehingga 98% untuk memastikan semuanya kelihatan menakjubkan, walaupun pada sudut pandangan luas. Di samping itu, pensijilan VESA DisplayHDR 600 bermakna adegan yang terang akan menyerlah manakala adegan gelap akan mengekalkan rona hitam yang kaya.

Ciri seperti Acer LightSense dan Acer ColorSense melaraskan kecerahan skrin dan suhu warna secara automatic berdasarkan persekitan. Penganalisis kependaman NVIDIA Reflex Latency Analyzer mengesan klik yang datang daripada tetikus dan kemudian mengukur masa yang diperlukan untuk mengubah piksel pada skirin.

Monitor gaming Acer Nitro XZ342CUP merupakan paparan QHD 34-inci dengan kadar refresh 144Hz dan waktu respons 1ms VRB untuk kelancaran gameplay dengan kadar tersekat (lag) yang minimal.

Team produk Acer Malaysia bergambar dengan peranti yang baru dilancarkan

Nitro XZ342CUP didatangkan dengan kaki ergonimik yang membolehkan pemain memusingnya 360⁰ dengan mudah dengan pelarasan ketinggian dan kecondongan untuk kedudukan tontonan yang ideal. Ia juga dilengkapi dengan ciri untuk melindungi mata gamer dan memastikan gamer berada dalam keadaan selesa, antaranya ciri paparan Acer Flicker-less, Acer BlueLightShield dan Acer ComfyView.

Acer Nitro XZ342CUP dijual pada harga RM1,799. Pelanggan yang membeli Nitro XZ342CUP sebelum 14 Julai 2022 layak mendapat diskaun tunai Rm100 dan menebus hadiah bernilai RM50.

Semasa pameran ‘It Lies Within’, produk projector dan monitor akan mendapat diskaun tambahan sehingga RM150.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Predator Gaming Malaysia @PredatorGamingMY atau hubungi talian Infoline Acer Produk di 1800-88-1288 (9 pagi- 6 petang, Isnin hingga Jumaat), atau emelkan kepada ama.marcom@acer.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button