Berita

Aeon meneruskan INISIATIF mampan melalui Kerjasama dengan Kloth Cares

AEON teruskan inisiatif Mampan melalui Kerjasama dengan Kloth Cares untuk menyediakan tong kitar semula di cawangan AEON MALL dan beberapa AEON BIG yang terpilih.

Inisiatif kitar semula yang dilancarkan di AEON alpha angle di wangsa maju, kuala lumpur adalah salah satu usaha Aeon dalam menguatkan inisiatif kemampanannya untuk melindungi alam sekitar, biodiversiti dan ekosistem.

Munurut Azli Mohamed, Ketua Pegawai Usahawan dan Kelestarian AEON,  komited untuk menggabungkan amalan mampan ke dalam inovasi produk yang mampu membawa impak positif kepada komuniti.

Kami kekal komited untuk mempertingkatkan amalan kemampanan yang telah kami selaraskan dengan prinsip teras kepada manusia, keamanan dan komuniti.”

AEON berdedikasi untuk memenuhi kewajipan menjadi warga korporat yang baik. Kami berusaha untuk memupuk penglibatan dan Kerjasama yang lebih baik dengan komuniti kami sambil terus berusaha untuk menyokong pemegang taruh kami dalam mencapai aspirasi mereka.

Sebanyak 38 tong kitar semula akan diguna pakai dan ditempatkan di cawangan AEON Mall dan AEON BiG di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Menerusi inisiatif ini, AEON menyasarkan sejumlah 380,000 kg fabrik kitar semula akan dikumpul dalam tempoh setahun.

Majlis yang diadakan bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 itu diserikan oleh Ummi Kalthum Shuib, Pengarah Wilayah Persekutuan (Wilayah Persekutuan), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp) – Kuala Lumpur & Putrajaya, dan penampilan istimewa oleh adik Kumika Kufaizul yang menyampaikan pantun GoGreen.

Inisiatif yang dijalankan adalah selaras dengan usaha AEON dalam memperjuangkan matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSDG).  12 dan 17 yang menumpukan pada memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan, serta mengukuhkan cara pelaksanaan dan menghidupkan semula perkongsian global untuk pembangunan mampan.

Mengenai AEON Runcit

AEON CO. (M) BHD. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia dengan 28 AEON Mall, 34 AEON Stor, 9 MaxValu Prime, 65 AEON Wellness, 42 DAISO dan 4 Komai-so di seluruh negara. Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada jemputan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara.

AEON BiG (M) SDN. BHD. mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang “AEON BiG” di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat. Pengambilalihan AEON BiG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi di Asean.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button