Berita

AEON Bersama Chef Wan Perkenalkan Neoflam untuk Aeon Star Rewards

Untuk julung-julung kalinya pada bulan Ramadan 2022, AEON CO. (M) BHD. (AEON) berkolaborasi bersama ikon Malaysia yang terkenal di dalam arena masakan Chef Redzuawan atau lebih popular dikenali sebagai Chef Wan memperkenalkan Program Star Rewards Chef Wan-Neoflam (Chef Wan-Neoflam Star Rewards Programme) yang bermula dari 24 Mac sehingga 2 Mei 2022 ke seluruh negara.

Sebuah jenama peralatan memasak berkualiti tinggi dan mempunyai rekabentuk menarik yang diimport dari Korea Selatan iaitu Neoflam diperkenalkan melalui program ini.  Selain itu, ciri-ciri istimewa yang didatangkan oleh Neoflam adalah ringan dan mudah digunakan, hasil teknologi Ecolon yang tidak melekat dan tahan lasak.  Neoflam boleh didapati oleh seluruh pengemarnya di kesemua rangkaian pasar raya AEON seluruh negara.

“Selaras dengan moto Chef Wan “Makanan yang baik menyatukan kita semua”, kami percaya bahawa kunci utama untuk menyediakan masakan yang baik ialah melalui peralatan memasak yang baik dan bermutu. Kami ingin memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan peralatan memasak yang berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki terutamanya kepada mereka yang tidak mahu berbelanja besar” ujar Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON.

Melalui Program Star Rewards, pelanggan akan diberi 1 keping setem untuk bukan ahli dan 2 keping setem untuk ahli AEON bagi setiap perbelanjaan sebanyak RM 30.00 di AEON secara fizikal manakala pembelian menerusi iAEON pula akan menerima e-setem. Khas untuk ahli AEON yang membeli melalui AEON Member Plus, AEON Credit Card atau AEON Wallet pula akan menerima 3 keping setem.

Para pelanggan boleh menebus koleksi setem yang berjaya dikumpulkan untuk membeli produk-produk Neoflam jika mempunyai bilangan minima 20 setem fizikal untuk ahli AEON, 15 setem fizikal untuk bukan ahli dan 8 e-setem.

Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat AEON Star Rewards, sila layari www.aeonretail.com.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button