Berita

Acer Malaysia Memperkenalkan Desktop Gaming Bersais Kecil dan Berkuasa

Acer Malaysia memperkenalkan Predator Orion 3000 dan Acer Nitro 50, peranti kecil namun sangat berkuasa. Predator Orion 3000 lengkap dengan pemproses Intel Core Generasi ke-12 dan NVIDIA GeForce RTX 3070 dalam chasis, menjadikan produk itu lebih berestetika untuk gamer.

Dengan saiz memori sehingga 16 GB DDR4 dan 1 TB storan PCle NVMe SSD untuk masa responsive, ia mempunyai slot SSD M.2 PCle tambahan dan dua slot SATA3 untuk gamer yang mencari kapasiti storan yang lebih besar. Manakala empat slot RAM DDR5 boleh dinaiktaraf sehingga 64 GB.

Predator Orion 3000 dijual dengan harga bermula RM6,499. Pelanggan yang membeli Predator Orion 3000 sebelum 14 Julai 2022 layak mendapat diskaun tunai RM150 dan menebus hadiah bernilai RM600.

Acer Nitro 50 diberi nafas baharu dengan pemproses Intel Core Generasi ke-12, Ancer Nitro 50 dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 SUPER, 8 GB RAM dan SSD laju 512 GB untuk pengalaman menggunakan komputer dan bermain dengan lancar. Dengan prestasi penuh dimuatkan ke chasis 18 liter, Acer Nitro 50 boleh diletakkan sama ada di atas meja atau lantai dengan kemas.

Acer Nitro 50 dijual pada harga RM3,599 dan pelanggan yang membeli Acer Nitro 50 sebelum 14 Julai 2022 akan layak mendapat diskaun tunai RM100 dan menebus hadiah bernilai lebih daripada RM400.

Predator Orion 3000 dan Acer Nitro  50 boleh didapati serta-merta di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada serta rakan kongsi Acer yang sah.

Acer Malaysia juga memperkenalkan aksesori Predator dan Nitro. Tetikus gaming ergonomik Predator Cestus 335 dengan sensor PixArt 3370 dan paling rate 2,000Hz, membolehkan setiap pergerakan, shot atau heal diletakkan dengan ketepatan jitu. Dengan kadar maksimum 19,000 DPI, ia tampil dengan DPI kod warna lima tahap. Dengan 10 butang yang boleh diprogramkan, gamer boleh mengubah dengan mudah konfigurasi sehingga 5 profil dengan aplikasi QuarterMaster.

Versi terdahulu, Predator Cestus 315 mempunyai sensor PixArt 3325 dan sehingga 6,500 DPI beserta pra-tetap 4 tahap yang membolehkan gamer menukar kelajuan yang diingini. Dengan hotkey 8 fungsi, Cestus 315 menawarkan para gamer pilihan untuk menewaskan pesaing dalam permainan tanpa perlu bergantung dengan papan kunci.

 Papan kekunci dan tetikus Nitro baharu sesuai untuk gamer pada peringkat permulaan dan pemain kasual 19 kekunci anti-ghosting pada papan kekunci Nitro memastikan setiap kekunci yang ditekan akan diproses tidak kira betapa sengitnya permainan. Manakala Nitro Mouse hadir dengan sehingga 4,200 DPI dengan shift setting 6 tahap untuk memenuhi keperluan gamer.

Diskaun tambahan sehingga RM150 untuk pembelian desktop and aksesori semasa pameran ‘It Lies Within’.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Predator Gaming Malaysia @PredatorGamingMY atau hubungi talian Infoline Acer Produk di 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat), atau emelkan kepada ama.marcom@acer.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button