Berita

35 Ahli Parlimen UMNO kekal dengan keputusan bersama PN sehingga Parlimen bubar – Sumber

Ini bermakna kesemua 35 Ahli Parlimen itu akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan.

Seramai 35 Ahli Parlimen UMNO yang mengadakan pertemuan malam tadi bersetuju mempertahankan resolusi yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) pada Mac lalu.

Ini bermakna kesemua 35 Ahli Parlimen itu akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan, kata sumber kepada Astro AWANI.

PAU2020 pada Mac lalu antara lain menuntut supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan apabila tempoh darurat tamat, sama ada selepas 1 Ogos ini atau tarikh sebelumnya, jika darurat ditamatkan lebih awal.

Ia juga memutuskan bahawa Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bersama PN apabila Parlimen dibubarkan.

Ia juga memutuskan bahawa Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bersama PN apabila Parlimen dibubarkan.

Sumber: Astroawani.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button