Berita

3 GENERASI PEMUZIK ROCK NEGARA GEGARKAN DEWAN ZEPP KL!

YOLO Malaysia Cipta Sejarah Baharu Dengan Persembahan Muzikal Bersama Menakjubkan Oleh Spider, Noh Salleh & XPDC

 

Konsert ‘YOLO Live Sessions: 3 Generations’ malam tadi, yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik rock negara, telah berjaya. Ia menghimpunkan ‘otai-otai’ rock negara seperti kumpulan Spider, Noh Salleh, dan kumpulan XPDC, yang dibawakan khas oleh jenama penganjur acara yang semakin dikenali dengan nama YOLO Malaysia.

Tiada siapa yang pernah dapat menyusun persembahan dengan tiga generasi artis daripada tiga gaya rock yang berasingan. Lazim yang hadir terhibur dan ‘bernyanyi’ dengan lagu yang dipersembahkan.

Terdahulu, YOLO Malaysia pernah menganjurkan 6 buah konsert secara digital dengan jayanya ketika negara masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada tahun 2020 yang lalu bagi artis seperti Tuju & Loca B, Zizi Kirana, Dolla, All Starz Division dan Ruffedge.

Aksi pertama pada malam konsert dimulai kumpulan Spider dengan membawakan lagu-lagu hit mereka seperti Anti Graviti, Kacap Terlabik, Kau Saja, Hidupku, Mungkinkah Terjadi, ‘tribute’ istimewa Mentera Semerah Padi, Kelawar Vampira dan Mabok.

 

Ini merupakan konsert pertama bagi Spider walaupun berkongsi pentas dengan nama-nama besar industri rock kita, dan peminat yang hadir sangat happening dan enjoy dengan persembahan mereka. Istimewanya, sifu Dato’ M.Nasir turut hadir memberi sokongan dan kami sempat membuat ‘tribute’ spontan buat beliau melalui lagu Mentera Semerah Padi.

Ketika aksi kedua dipersembahkan, Noh Salleh membawa ‘mood’ yang lebih romantic ke dalam dewan Zepp KL dengan menyanyikan lagu-lagu berentak retro popularnya seperti Gelung, Renjana, Mr.Polia, Biar Seribu, Sang Penikam, Angin Kencang dan Bunga Di Telinga.

10 pemuzik iringan di pentas Zepp yang merupakan francais dari Jepun yang sangat ekslusif. Band rock yang digelar ‘Raja Funfair’, XPDC mempersembahkan lagu-lagu rock malar segarnya seperti Ntahapahapantah, Raja Kertas, medley 3 lagu (Titian Perjalanan, Hentian Ini dan Aku Dan Sesuatu), Selendang Merdeka, Kita Pengyu, Senapang Patah, Kabus Semalam, Hidup Bersama, Bukan Milik Aku dan Semangat Yang Hilang.

Sebelum konsert dimulakan, ketiga-tiga penghibur itu menyampaikan nyanyian khas lagu keagamaan terkenal Semangat Yang Hilang untuk penonton.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button