Berita

17 Tahun Dalam Industri Lakonan, Ashraf Muslim Tidak Kisah Digelar Hero Tua?

Setelah hampir dua dekad bergelar anak seni. Pasti ramai sudah kenal dengan pelakon bernama Ashraf Muslim.

Sebagai pelakon berpengalaman, Ashraf Muslim, 41, tidak kisah digelar hero tua. Usia hanyalah sekadar angka. Apa yang lebih penting, semakin tua jadi makin matang dalam bidang lakonan.

Tidak melihat menjadi pilihan pengarah bagi watak hero hanya bersandarkan pada wajah awet muda. Sentiasa menjaga attitude dan hormat pada orang dan menjaga kualiti dalam lakonan adalah paling utama baginya.

“Saya menjadikan hero tua seperti Datuk Rahim Razali dan Sidi Oraza sebagai inspirasi untuk menjadi pelakon berkaliber dalam industry seni tanah air,” katanya.

Tambahnya, “Saya bermula dari pelakon ‘kayu’ sebelum berada pada tahap sekarang. Sebab itu, saya tidak kisah berlakon dengan pelakon baharu yang dianggap ‘kayu’, asalkan mahu belajar ilmu lakonan,” katanya yang akan muncul dengan filem baharu, Musyrik – Api Neraka Menantimu!

Filem arahan Arjin Uppal itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan. Menampilkan pelakon utama, Ahsraf Muslim, Aeril Zafrel dan Ruhainies. Turut tampil barisan pelakon seperti Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

“Saya tertarik dengan watak ustaz yang diberikan. Jalan cerita filem juga memaparkan reality dalam situasi hari ini,” kata Ashraf Muslim. Mengaku menghadapi cabaran apabila banyak babak penggambaran dilakukan pada waktu malam.

Trailer rasmi filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu boleh ditonton menerusi saluran Youtube/WhiteMerpatiMovies.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button